Followers

SELAMAT DATANG KE PUSAT RAWATAN ISLAM ASY SYAHIDI MALAYSIA

Search This Blog

Loading...

Wednesday, 10 September 2014

KURSUS PENGUBATAN ISLAM TERKINI!!

KURSUS PENGUBATAN ISLAM
RUQYAH SYAR’IYYAH
Pengambilan ke -4/Oktober 2014
Persatuan Perawat Islam Asy Syahidi Malaysia.

Pembentang : Abi Syahid Asy-Syahidi
(Pengasas ASY SYAHIDI MALAYSIA
Exco Kebajikan GAPPIMA)
 
Pengajian selama setahun
Kelas teori & praktikal
Peperiksaan
Hari sabtu malam ahad
Masa 8 malam – 11 malam

Tempat ASY SYAHIDI HQ
No. 2A Jalan Persiaran Permai 1
Taman Slim Permai
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan.

Kitab disediakan
Yuran RM 1500


Tarikh temuduga 11 Oktober 2014
Jam 8 malam.

CARA DAFTAR : Sila SMS Nama penuh, Maykad dan
“KURSUS PENGUBATAN ISLAM” ke 017 5909 513 sebelum 10 Oktober 2014.

Sebarang pertanyaan & pendaftaran sila hubungi 
ASY SYAHIDI HQ : 017 5909 513




-Admin-

Monday, 8 September 2014

KURSUS PENDEDAHAN TERKINI!!

KURSUS PENDEDAHAN PENGUBATAN ISLAM
RUQYAH SYAR’IYYAH
Persatuan Perawat Islam Asy Syahidi Malaysia.


Tarikh : 27 & 28 September 2014 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Bandar Baru Senawang. N9.

Pembentang : Abi Syahid Asy-Syahidi
(Pengasas ASY SYAHIDI MALAYSIA
Exco Kebajikan GAPPIMA)

Sijil penyertaan/Kitab/Jamuan makan disediakan.

Yuran RM 300.

CARA DAFTAR : Sila SMS Nama penuh, Maykad dan
“KURSUS PENDEDAHAN” ke 012 3655 554 sebelum 24 September 2014.

Sebarang pertanyaan & pendaftaran sila hubungi
Ust Abdul Rahman : 012 3655 554  
ASY SYAHIDI HQ : 017 5909 513

Anjuran : ASY SYAHIDI Senawang. N9.




Tentatif Kursus

Hari pertama : 27 September 2014 (Sabtu).
8.00 pagi – Pendaftaran/Sarapan pagi/Solat Dhuha
9.00 pagi - Teori
12.30 tghhari – Jamuan makan/Solat Zohor
2.00 petang – Praktikal
4.30 petang – Minum petang/Solat Asar
5.00 petang – Bersurai


Hari kedua : 28 September 2014 (Ahad).
8.00 pagi – Sarapan pagi/Solat Dhuha
9.00 pagi - Praktikal
12.30 tghhari – Jamuan makan/Solat Zohor
2.00 petang – Praktikal
4.30 petang – Minum petang/Solat Asar
5.00 petang – Bersurai


...

-Admin-


Wednesday, 9 April 2014

GANGGUAN JIN ASYIK/CINTA



Gangguan oleh Jin Asyik/Cinta merupakan yang terbanyak berbanding dengan Jin Saka dan Sihir. Berbeza dengan Jin Sihir memerlukan rawatan yang berulang kali sedangkan Jin Asyik dapat diselesaikan dengan 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar-benar bersungguh-sungguh dalam rawatan dan merelakan dirinya untuk dirawat.

Gangguan Jin Asyik seseorang itu bermula di peringkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila Jin yang tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol atau pun seperti menonton filem Hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan. Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit.

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang, jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakkan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dengan pasangannya.

Adakala gangguan mula menjadi kronik setelah bertunang. Jin Asyik ini kuat cemburu. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia berusaha akan memilikinya. Sebaliknya, apabila ia tidak suka, ia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah/bercerai.

 Jin Asyik juga boleh berasal dari Jin Saka mahupun Jin Sihir yang telah bertapak lama pada pesakit. “Jin asyik/cinta” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola atau pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Tanda-tanda/punca gangguan Jin Asyik

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Dan kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.

Tanda-tanda/punca gangguan Jin Asyik antaranya:

- Pesakit sering mengadu sakit kepala.
- Selalu meninggal solat/susah nak mengerjakan solat
- Sukar nak berzikir dan membaca Al-Quran.
- Was-was.
- Pesakit amat sensatif.
- Suka bersendirian.
- Merasakan dirinya sangat cantik/kacak.
- Adakala tak suka pasangan.
- Hubungan tak kekal. Selalu bertukar-tukar pasangan.
- Selalu bergaduh dengan pasangan/orang yang rapat dengannya.
- Tidak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal.
- Jika bercakap selalunya perkara yang sia-sia/keterlaluan.
- Banyak tidur di siang hari dan berjaga di waktu malam.
- Mendedahkan aurat di dalam rumah. Kadang kala, ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil mengagumi tubuh badan sendiri. Tanpa pesakit sedari Jin Asyik memerhati setiap gerak-geri pesakit sehingga pesakit dirasuk.
- Terdapat tanda lebam terutama di peha, betis, tangan, perut, kemaluan dan sebagainya.
- Sakit yang sukar diubai seperti sakit kulit.
- Mandi/duduk dalam bilik air terlalu lama.
- Mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan bertelanjang.
- Ketika jaga adakalanya mendengar, nafas, bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring.
- Pesakit selalu dalam keadaan kena tindih.
- Tidur dalam keadaan bertelanjang/memakai boxer/berseluar pendek (tidak menutup aurat).
- Tidak suka/marah jika ada orang yang cuba menberi nasihat/ cuba mengubah cara hidupnya kepada yang lebih baik.
- Tidur bermimpi melihat seorang pemuda/wanita yang kacak. Dia mengajak berkahwin dan bersama.
- Bermimpi melakukan persetubuhan haram dengan pemuda/wanita berkenaan.
- Bermimpi bersama-sama anak-anak kecil yang kononnya adalah anak-anak hasil perkongsian mereka.
- Tempat tidur tidak berkemas dan apabila orang lain tolong kemaskan biasanya pesakit akan marah.
- Suka bergelap/bilik tidur bergelap.
- Merasa takut sehingga tidur buka lampu.
- Nafsu yang kuat.
- Kuat ‘beronani’.
- Suka melihat dan membelai alat kemaluan, secara tidak sedar bahawa jin sedang berasmara dengannya.
- Merasa kagum dengan susuk badan/alat kemaluannya.
- Dan banyak lagi.

Akhirnya, terdapat pesakit yang boleh melihat pasangannya dan anak-anaknya di sekitar katil dan ruang rumahnya. Pesakit pada tahap ini sudah tidak mahu dirawat dan merelakan diri kerana merasa puas dengan ‘kehidupannya’.

Seorang wanita yang saya rawat menceritakan bagaimana dia dirogol, mengandung, keluar darah dan akhirnya perutnya kempis semula. Apabila saya berdialog dengan Jin Asyik ini dia claim sudah ada 10 orang anak dengan wanita berkenaan dan seorang wanita yang disahkan mengandung 3 bulan, anak dalam kandungannya hilang, tidak ada keguguran dan pihak hospital tidak dapat memberi apa-apa keputusan kemana anak itu hilang. Jangan terperanjat kepada golongan lelaki. Sudah banyak kes yang saya rawat, lebih-lebih lagi golongan remaja, diganggu Jin Asyik yang kronik.

Apabila berdialog dengan Jin Asyik ini “Kenapa anda datang mengganggu pesakit ini? Jawabnya… pesakit ini adalah kekasih aku… jangan kau campur urusan aku!! Kenapa anda suka kepada dia? Jawabnya… dia yang suka kepada aku… dia suka memakai boxer… aku suka melihat dia pakai boxer… melihat tubuh badan dia… dia mengagumi tubuh badan dia… dia membuka aurat… dia yang memanggil aku… aku suka dia… ”

Mengeluarkan Jin Asyik ini adalah sangat sukar, lebih-lebih lagi sekiranya ia telah sebati dengan diri dan jiwa pesakit. Namun, kaedah yang paling berkesan mengatasinya adalah dengan tidak meninggalkan solat, memperbanyakkan membaca Al-Quran dan meninggalkan serta-merta semua amalan-amalan/tabiat hidup yang mengundang Jin Asyik. Kebanyakkan Jin ini akan mati terbakar apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan di hadapan pesakit.

WaAllahualam.

Segera pergi jumpa perawat.

Tuesday, 8 April 2014

JIN



'Jin' merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan manusia.

Surah Adz-Dzariyaat : ayat 56

$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ  

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


Surah Al-An'am : ayat 130

uŽ|³÷èyJ»tƒ Çd`Ågø:$# ħRM}$#ur óOs9r& öNä3Ï?ù'tƒ ×@ßâ öNä3ZÏiB tbqÁà)tƒ öNà6øn=tæ ÓÉL»tƒ#uä ö/ä3tRrâÉYãƒur uä!$s)Ï9 öNä3ÏBöqtƒ #x»yd 4 (#qä9$s% $tRôÍky­ #n?tã $uZÅ¡àÿRr& ( ÞOßgø?§sïur äo4quysø9$# $u÷R9$# (#rßÍky­ur #n?tã öNÍkŦàÿRr& óOßg¯Rr& (#qçR%x. šúï̍Ïÿ»Ÿ2 ÇÊÌÉÈ  

130. Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, Yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan Yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu Dengan hari (kiamat) ini? mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri Kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) Sesungguhnya mereka adalah orang-orang Yang mengingkari (Apa Yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).


Di antara jin ada yang mendengar al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mereka menyampaikan apa yang didengarkan kepada kaumnya. Sebahagian kamunya itu ada yang percaya dengan apa yang disampaikan oleh kawannya itu. Sedangkan sebahagian yang lain tidak mempercayainya. Mereka yang percaya akan memperoleh pahala, sedangkan yang tidak percaya dan menginkarinya akan diseksa di neraka kelak.

Surah Al-A'raaf : ayat 179

ôs)s9ur $tRù&usŒ zO¨YygyfÏ9 #ZŽÏWŸ2 šÆÏiB Çd`Ågø:$# ħRM}$#ur ( öNçlm; Ò>qè=è% žw šcqßgs)øÿtƒ $pkÍ5 öNçlm;ur ×ûãüôãr& žw tbrçŽÅÇö7ム$pkÍ5 öNçlm;ur ×b#sŒ#uä žw tbqãèuKó¡o !$pkÍ5 4 y7Í´¯»s9'ré& ÉO»yè÷RF{$%x. ö@t/ öNèd @|Êr& 4 y7Í´¯»s9'ré& ãNèd šcqè=Ïÿ»tóø9$# ÇÊÐÒÈ  

179. Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.




RAWATAN ISLAM ASY SYAHIDI 1

RAWATAN ISLAM ASY SYAHIDI 2

TUNTUTLAH ILMU IKHLAS KERANA ALLAH

TUNTUTLAH ILMU IKHLAS KERANA ALLAH